Friday 5 March 2010

KENYATAAN RASMI JAWATANKUASA DESAK

0 comments
UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA BKSAM

Pihak desak mengucapkan setinggi penghargaan kepada kepimpinan BKASM dan ahlinya terhadap sensitiviti mereka dalam program Kuttub Sittah PMRAM. Pendirian BKASM tidak berkerjasama di dalam program Hari Raya Aiduladha anjuran KBMK dan JPMK baru-baru oleh kerana pihaknya tidak melunaskan tuntutan tiga perkara seperti mana kita semua ketahui, ini merupakan tindakan yang berani oleh BKSAM dalam mempertahankan suara Mahasiswa. Tindakan BKASM harus dicontohi oleh BKAN yang lain dalam memainkan peranan yang penting untuk generasi mendatang. Pihak JPMK harus melihat bahawa tindakan ini merupakan satu permulaan untuk muhasabah ke arah membaik pulih system pentadbiran JPMK ke arah yang lebih telus dan dihormati oleh semua pihak, bukan untuk kepentingan politik dan perlu memikirkan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh mereka-JURU CAKAP DESAK.



MEMO Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Mengenai Sambutan Iduladha anjuran JPMK PDF

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Kepada : Seluruh Ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir.

PER : KENYATAAN RASMI BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR TERHADAP PROGRAM SAMBUTAN AIDILADHA ANJURAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH (KBMK) DAN JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH (JPMK)

Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2009/2010 telah mengadakan mesyuarat tergempar pada 23 November 2009 bagi membincangkan isu di atas. Keputusannya, seluruh Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM SEBULAT SUARA BERSETUJU BAHAWA BKASM TIDAK AKAN BEKERJASAMA TERHADAP PROGRAM SAMBUTAN AIDILADHA ANJURAN KBMK DAN JPMK yang akan diadakan pada 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 di Dataran Hayyu ‘Asyir.

Hal ini adalah disebabkan pihak BKASM memohon agar isu Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM dapat diselesaikan terlebih dahulu dengan baik antara pihak JPMK dan seluruh mahasiswa Malaysia di Republik Arab Mesir. Pegawai HEP Selangor di Mesir, En. Abdul Halim Saljadi menghormati keputusan yang telah disepakati oleh AJKT BKASM dalam mesyuarat tersebut.

Pihak BKASM berharap agar seluruh ahli dapat MEMBERIKAN PERHATIAN yang sewajarnya terhadap kenyataan ini. Segala kerjasama dan tindakan yang diberikan adalah dihargai dan didahului dengan Jazakumullahu Khairan Kathira.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU DAN BERBAKTI”

"JULANG DAKWAH, PERKASA UKHUWAH, LESTARI UMMAH"


Comments

0 comments to "KENYATAAN RASMI JAWATANKUASA DESAK"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Hak Cipta Terpelihara Desak JPMK of Mesir / Republik Arab Mesir