Monday 26 October 2009

Dialog Terbuka Bersama Pengarah JPMK Hangat

0 comments
1 Oktober, Kaherah - Dialog Terbuka bersama Pengarah JPMK, Prof. Madya Dr. Jamil yang diadakan di dewan Rumah Selangor mendapat perhatian yang meluas di kalangan mahasiswa/wi Mesir. setengah jam sebelum majlis bermula, kawasan sekitar Asrama Rumah Selangor dibanjiri dengan mahasiswa/wi Mesir yang berada di Kaherah mahupun muhafazah.

Majlis dialog terbuka tersebut yang pada asalnya merupakan pogram berdialog secara terbuka bersama Pengarah JPMK, bertukar kepada pogram cadangan dan luahan ahli PMRAM khususnya mereka yang menyertai pogram Kutub Sittah baru-baru ini. Hal ini ekoran daripada Prof. Jamil memaklumkan akan penangguhan kedatangannya ke tarikh akan datang berikutan kepadatan jadual kerja beliau. Namun, pogram tersebut tetap diteruskan tanpa kehadiran beliau dengan dikelolai oleh Pemangku Presiden PMRAM, saudara Shahrizan Mohd Hazime dibantu oleh Ketua Badan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, saudara Jamal Najmuddin selaku pengerusi majlis pada malam tersebut.

Majlis pada malam itu lebih menumpukan berkenaan isu pogram Kutub Sittah yang dianjurkan oleh PMRAM yang telah cuba digagalkan oleh pihak JPMK sebelum ini. Majlis dimulakan dengan ucapan pendahuluan dan penerangan kronolgi cubaan untuk menggagalkan pogram Kutub Sittah tersebut dengan satu surat yang dihantar melalui faks kepada pihak Al-Azhar yang menyebabkan pogram Kutub Sittah yang dijangkakan berlangsung di ACC selama 4 hari tergendala dan terpaksa bertukar tempat kepada dewan Rumah JOhor di Rab'ah dan Nadi Riadhi pada saat-saat akhir. Kemudian, saudara Shahrizan turut menerangkan berkaitan 3 tuntutan yang telah diminta oleh PMRAM kepada Prof. Jamil sendiri ketika pertemuan dilakukan yang turut melibatkan 3 YDP BKAN iaitu BKAN Kedah, Kelantan dan terengganu berserta 3 wakil BP yang lain.

Namun, sehingga kini 3 tuntutan yang diminta masih belum dapat ditunaikan oleh pihak JPMK sendiri, jelas beliau lagi.Selepas itu, majlis diteruskan dengan cadangan dan luahan daripada hadirin yang hadir pada malam tersebut. Pogram tersebut semkakin rancak dan hangat dan akhirnya mendatangkan satu resolusi di kalangan ahli bagi mengutip tanda tangan daripada mereka yang hadir malam tersebut bagi menunjukkan bantahan dan tuntutan terhadap pihak JPMK bagi melunaskan 3 tuntutan tersebut.

Walaupun keadaan panas dan hangat dengan pelbagai cadangan dan spekulasi, namun pihak majlis berjaya mengawal keadaan dan mententeramkan kembali suasana. Kekecohan yang hampir berlaku berjaya diatasi dengan tindakan rasional dan segera daripada penganjur.

Hasil daripada perbincangan malam itu, satu jawatankuasa bertindak khas dibentuk di kalangan ahli bagi membuat satu memorendum yang akan diserahkan kepada Prof. Jamil dalam masa yang terdekat.

Majlis ditutup dengan ulasan dan kesimpulan yang dibuat oleh Pemangku Presiden, saudara Shahrizan.

"Kita selaku mahasiswa/wi Islam yang mendalami ilmu agama sepatutnya bertindak secara rasional dan berhikmah dalam bertindak ke atas sesuatu perkara. perkara yang paling utama, berdisplin dan bertindak mengikut arahan pimpinan. Ia adalah untuk menjamin keharmonian bersama; dan yang paling utama kita selaku mahasiswa mempunyai peranan tersendiri dan sesekali bukan seperti pelajar sekolah menengah yang boleh diperkotak katikkan." nasihat beliau kepada hadirin yang datang pada majlis tersebut.

Sumber :
Dialog Terbuka Bersama Pengarah JPMK Hangat

Comments

0 comments to "Dialog Terbuka Bersama Pengarah JPMK Hangat"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Hak Cipta Terpelihara Desak JPMK of Mesir / Republik Arab Mesir